PESERTA membantu kenderaan rakan yang terkandas.
Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my

Pengembaraan Ekspedisi Hutan 4x4 Rainforest Trophy Malaysia 2018 yang dikuasakan Petron Diesel Euro 5 berjaya membuktikan keunggulannya dalam memacu jentera lasak untuk melepasi halangan sukar.

Dibawakan khas penganjur Rainforest Challenge (RFC), Rainforest Trophy 2018 menguji semangat berpasukan, daya ketahanan dan kemahiran off-road pemanduan 4x4 masing-masing apabila menavigasi hutan hujan di pantai timur Malaysia.

Sejumlah 100 pasukan peminat pemanduan ekstrem 4x4 cuba mengatasi halangan seperti membina jambatan untuk menyeberangi sungai, bukit, paya, kolam lumpur, menurun bukit dan banyak lagi.

Dilancarkan pada 2017, edisi kedua Rainforest Trophy berakhir di Gua Musang, Kelantan selepas tujuh hari yang mencabar dan memenatkan.


PESERTA mengisi minyak sebelum memulakan ekspedisi.

Cabaran ketahanan ini bermula di Kota Bharu pada 14 Julai.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali berkata, Rainforest Trophy menunjukkan aksi terbaik daripada peserta yang bersatu demi minat terhadap aktiviti luar yang sangat lasak.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini yang sangat menyeronokkan serta mencabar, dan kami memuji semua pasukan untuk kemahiran dan semangat yang sememangnya luar biasa,” katanya.

Terdahulu, peserta melakukan hentian pit di stesen minyak Petron di sepanjang jalan ke Tanah Merah, Kelantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai.

Satu anugerah khas untuk ‘Semangat Berpasukan Terbaik’ dipilih peserta dan menjadi milik pasukan media.


ANTARA peserta yang menyertai Rainforest Trophy 2018.

Di sepanjang pemanduan, pemandu off-road dan peminat pengembaraan juga diberi peluang untuk menyumbang kepada komuniti yang memerlukan di Pos Gob, sebuah Kampung Orang Asli yang terletak paling jauh di Kelantan dari 18 hingga 20 Julai.

Dalam musim Rainforest Challenge 2018 baharu yang akan bermula pada November, Petron Diesel Euro 5 akan terus menaja acara 4x4 utama yang diadakan secara eksklusif di Malaysia.

Dikenali antara sepuluh perlumbaan motor paling sukar di dunia, Rainforest Challenge 2018 menjadi perlumbaan lasak yang direka untuk mereka yang berani bersama jentera di hutan hujan yang tebal di Malaysia.

Petron Diesel Euro 5 berteknologi tinggi adalah satu-satunya diesel mesra alam sekitar dengan kuasa ‘turbo’ di Malaysia.


PESERTA bergambar selepas berjaya menamatkan ekspedisi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 September 2018 @ 12:30 AM