KIT badan ABFLUG wide body Japan ubah penampilan jentera.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
metahad@hmetro.com.my

Tidak dinafikan Nissan Fairlady 300ZX generasi keempat yang dipamerkan ketika Karnival Art Of Speed (AOS), baru-baru ini, menarik perhatian umum.

Ini kerana jentera sport klasik 1997 milik The Classic Garage JB diakui semakin sukar ditemui di jalan raya.

Biarpun berusia lebih 21 tahun, jentera itu masih berdiri gah dengan enjin V6 bersesaran 3,000 cc yang menghamburkan 700 kuasa kuda (hp).


ENJIN V6 3000cc mampu menghasilkan 700 hp.

Luaran jentera diberi penambahbaikan dengan kit badan ABFLUG wide body Japan yang mengubah bentuk jentera menjadi lebih garang.

Begitu juga komponen dalaman enjin digantikan dengan pelbagai komponen khas untuk prestasi.

Antara yang ditambah baik ialah barangan daripada HKS, GREX, Split Fire dan sebagainya.


BAHAGIAN belakang bersama ekzos berkembar binaan khas hambur bunyi garang.

Sudut kotak gear pula menggunakan Reinforced Kevlar Clutch Plates dan CUSCO 1.5 Way LSD.

Menggunakan suspensi TEIN Full Adjustable, sistem brek juga diberi peningkatan dengan padanan brek Brembo Skyline GTR34 untuk cengkaman lebih baik.


RIM Works VSXX tampil garang.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, pemilik mengenakan Cusco Roll Cage dan ABFLUG Front Struts Bar bagi jenteranya.

Gaya jentera lebih terserlah dengan penggunaan rim Works VSXX yang memukau.

Uniknya, ruang dalaman tidak diusik dengan mengekalkan gaya asal tetapi satu kelebihan apabila bumbung suria boleh dipasang atau ditanggal mengikut kemahuan.


MASIH mengekalkan ruang kokpit yang asal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Ogos 2018 @ 12:45 AM