LAMAN web Mudah.my pilihan terbesar penjual dan pembeli kenderaan di Malaysia.

Sejak mula beroperasi 10 tahun lalu, laman web jual beli terbesar di Malaysia Mudah.my menjadi pilihan buat mereka yang ingin menjual dan membeli pel­bagai barangan termasuk kenderaan.

Bukan sahaja yang terbaru, malah kenderaan terpakai juga menjadi carian tertinggi di dalam bahagian Mudah Auto yang menawarkan pelbagai model dan harga.

Ketua Bahagian Kereta Mudah.my, Peter Wong berkata, pihaknya sentiasa menambah baik ciri dalam laman web itu untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan pasaran.

“Kami mempunyai lebih 100,000 kenderaan yang dijual dengan data dikemas kini setiap dua bulan bagi memberi tawaran yang terkini daripada penjual kepada pembeli,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Mudah.my, baru-baru ini.

Aplikasi maklumat dan akaun diri serta Chat diperkenalkan bulan lalu bagi memudahkan pengguna berhubung dengan penjual lebih pantas untuk urusan jual beli yang telus.

Beliau berkata, ia juga dapat mengurangkan kes penipuan yang sering berlaku dalam urus niaga dalam talian dan mereka juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika terdapat sebarang kes membabitkan laman web itu.

“Bagi mengekalkan kepercayaan tinggi pengguna laman web ini, kami sentiasa mengambil langkah proaktif mengurangkan semaksimum mungkin perkara seperti itu dan setiap kes akan dirujuk kepada pihak polis,” katanya.

Maklumat pengesahan syarikat dan individu juga sering dilakukan kepada mereka yang berurus niaga di Mudah.my serta bagi memudahkan capaian aplikasi Android dan iOS juga boleh dimuat turun untuk urusan melalui telefon pintar serta tablet.

Selain membeli kenderaan, pengguna juga sering melayari ruangan alat ganti dan aksesori untuk mendapatkan keperluan serta ia menjadi kelebihan yang ditawarkan dalam Mudah.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 4:27 AM