EVORA SPORT 410 dengan kelajuan maksimum 305km/j.
ENJIN 3.5 liter V6.
GAYA sporty untuk kemasan dalaman Evora Sport 410.
RUANG dalaman 3-Eleven dengan dua tempat duduk.
AHMAD Fuaad (dua dari kiri) melancarkan Lotus baru di Malaysia.
Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my


Model ini dihasilkan daripada kerangka aluminium dan komposit ringan teguh menjadikan ia antara kereta sport mampu mencapai kelajuan maksimum serta pantas.

Lotus Car Malaysia sebagai pengedar kereta Lotus di negara ini menawarkan dua model baru untuk pasaran tempatan menerusi pengenalan Lotus 3-Eleven dan Evora Sport 410.

Kedua-duanya dengan enjin 3.5 liter V6 bersama pilihan transmisi enam kelajuan automatik dan manual dilengkapi kuasa kuda 410hp dan tork maksimum 410Nm.

Untuk model 3-Eleven pula, dalam dua varian Road dan Race sesuai untuk pemanduan di jalan raya atau trek perlumbaan dengan kelajuan maksimum 280km/j.

Hanya 311 unit dibina dalam setahun dan harga bermula daripada RM640,855 (Road) dan RM868,214 untuk versi Race.

Pengerusi Lotus Car Malaysia, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Lotus adalah kenderaan pantas, ringan dan memberi kepuasan memandu terutama kawalan yang tepat dan mantap.

“Semua model Lotus dihasilkan dengan buatan tangan dan diimport sepenuhnya dari United Kingdom serta pembeli boleh memilih ciri dan aksesori dari awal proses dibina untuk dipasang pada kenderaan mereka,” katanya.

Lotus Evora Sport 410 menawarkan pemanduan prestasi dengan kelajuan maksimum mencecah 305km/j (manual) dengan tork sekitar 420Nm, lebih ringan sebanyak 70kg daripada Evora 400 yang dilancarkan tahun lalu.

Dibina sebanyak 150 unit setahun untuk pasaran global, ia dijual pada harga bermula daripada RM640,999 (manual) dan RM651,999 untuk automatik.

Antara ciri keselamatan adalah kawalan cengkaman dan kestabilan, sistem pengawasan tekanan angin tayar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch ditala Lotus (3-Eleven) dan banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 12:01 AM