Mohd Firdaus Ibrahim
firdaus_ibrahim@hmetro.com.my


JENAZAH Pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI ), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, selamat dikebumikan di Masjid Umari di Jabalia, utara Gaza selepas solat maghrib malam tadi(waktu tempatan).

Jenazah dilaporkan tiba di Gaza pada 5.30 petang (11.30 malam Malaysia) dan disambut ahli keluarga dan ribuan penduduk gaza.

Satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman berkata, kawasan masjid berkenaan dipenuhi ahli keluarga Fadi dan penduduk sekitar.

"Ribuan memenuhi kawasan ini dan dia (arwah) disambut bagaikan wira," katanya ketika dihubungi, hari ini. Menurutnya, ahli keluarga arwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua pihak terbabit yang membantu memudahkan urusan membawa pulang jenazah Fadi ke kampung halamannya.

Terdahulu, jenazah diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kaherah sebelum menempuh perjalanan hampir enam jam untuk tiba di Rafah.

Dalam kejadian di Setapak kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Fadi ditembak dua lelaki bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan ke surau untuk mengerjakan solat subuh.

Suspek sudah dikenal pasti pihak berkuasa dan usaha mengesan mereka yang dipercayai masih berada dalam negara sedang giat dijalankan.

Berita berkaitan

Jenazah Fadi selamat tiba di Gaza

Pembunuh Dr Fadi ‘cabut’ pakai Proton Saga...

Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 10:23 AM