Wenger tinggalkan Arsenal pada penghujung musim. FOTO AFP
The Sun

ARSENE Wenger akan meninggalkan Arsenal pada penghujung musim.

Bos The Gunners itu meraih tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tujuh Piala FA sepanjang bersama kelab London Utara itu sejak 1996.

Pengendali berusia 68 tahun itu mengubah senario bolasepak Inggeris selepas tiba dari Jepun apabila memperkenalkan aksi permainan menarik di Highbury selepas menggantikan Bruce Rioch.

Skuadnya yang tidak pernah tewas selama satu musim kekal antara pencapaian paling hebat dalam EPL.

Gunners pada masa sama memecahkan dominasi Manchester United pada penghujung 90-an dan awal 2000.

Wenger berkata: “Selepas membuat pertimbangan berikutan perbincangan dengan kelab sebelum ini, saya rasa ia masa paling sesuai untuk meletak jawatan pada penghujung musim.

“Saya berterima kasih kerana mendapat peluang berkhidmat kepada kelab itu dan banyak kenangan manis bersama mereka”.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 5:44 PM