Azmil terkenal melalui lakonannya dalam filem Ali Setan dan Mekanik. FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR.
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my


PELAKON popular era 1980-an yang dikenali menerusi filem Ali Setan dan Mekanik, Azmil Mustapha meninggal dunia kira jam 1 petang tadi, hari ini di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.

Adik Allahyarham, Aziph berkata, Azmil meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.

Aziph ketika dihubungi memaklumkan dia dalam perjalanan ke rumah arwah dari Sepang.

“€œBuat masa ini kami belum boleh memberikan kenyataan lanjut berkenaan masa dan lokasi pengebumian,” katanya.

Azmil, 65 sebelum ini pernah beberapa kali dirawat di hospital akibat masalah jantung.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Ustaz Azmil, meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 3:01 PM