KANAK-KANAK bermasalah pendengaran di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (HEAR ME) di Kuala Lumpur, semalam. FOTO Salhani Ibrahim
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Ketabahan ibu bapa ini yang dikurniakan anak orang kurang upaya (OKU) cukup mengagumkan walaupun pada mulanya hakikat itu pedih untuk diterima.

Anak yang pada mulanya dilahirkan normal sebenarnya ditakdirkan mengalami masalah pendengaran hingga mengganggu pertuturan.

Bagi pasangan I Thachayani, 37, dan suami T Jeya Santhira Kumar, 42, pada mulanya tidak dapat menerima hakikat anak sulung mereka Jeyasharee, 7, mengalami masalah pendengaran serius apabila usia menginjak dua tahun.

“Pada usia hampir dua tahun anak perempuan saya masih tidak mampu bertutur, malah dia tidak memberi sebarang maklum balas apabila kami memanggil namanya berulang kali.

“Namun pada awalnya kami menganggap mungkin dia hanya lambat bertutur sehinggalah ujian pendengaran mendapati anak sebenarnya mengalami masalah pendengaran serius di kedua-dua belah telinganya,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Persatuan Ibu Bapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (HEAR ME) di Dewan Masyarakat Taman Rowther, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 5:51 AM