FOTO Shahril Badri Saali
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini, menyaksikan majlis tandatangan Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding) sebagai rakan strategik PROTON Holdings Berhad (PROTON).

Perjanjian itu sekali gus memuktamadkan persetujuan antara DRB-HICOM dengan Geely Holding bagi membolehkan syarikat itu membeli sebanyak 49.9 peratus saham PROTON.

Selain itu, Najib berkata, usaha sama strategik itu memberikan satu era baru kepada PROTON dalam terus berkembang sebagai jenama kereta nasional yang unggul di pasaran domestik dan luar negara.

Katanya, perjanjian itu akan membolehkan PROTON mendapat akses kepada pelbagai platform serta enjin yang dibangunkan Geely Holding selain peluang menembusi pasaran sedia termasuk pasaran Asia Tenggara.

"Kelebihan yang dimiliki antara kedua-dua pihak akan saling memberi manfaat dan paling penting.

“PROTON akan terus berdiri teguh dengan gemilang sebagai jenama rakyat Malaysia," katanya pada majlis Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM dan Geely Holding, di Kuala Lumpur.

Majlis tandatangan itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar manakala Geely Holding diwakili Presidennya, An Conghui.

Perjanjian Presidennya, Li Shufu dan Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Turut diperkenalkan buat pertama kali model kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Geely yang akan dipasang di fasiliti pemasangan PROTON di Tanjung Malim, Perak iaitu Geely Boyue.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 11:41 AM