DR Mohd Kasri (kiri) bersama Dr Ibrahim meninjau makam yang dipercayai milik Sultan Muhammad Jiwa dan permaisurinya. FOTO Muhaamad Hafiz Nawawi
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Binaan kepok atau pusara daripada lapisan batu-bata tinggi di sebuah tanah perkuburan, di sini, dipercayai berkemungkinan makam Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II.

Malah, ada dua lagi makam dipercayai milik permaisurinya Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak dan anak baginda, Sultan Kedah ke-20 Sultan Abdullah Mukarram Shah di kawasan terbabit berikutan Sultan Muhammad Jiwa membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit.

Makam itu yang dianggarkan berusia 239 tahun menjadi penemuan terbaru Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) pada Mac lalu yang tidak menolak ia milik Sultan Muhammad Jiwa namun ia masih di peringkat kajian.

Ketua Biro Kajian Selidik PSMCK Dr Mohd Kasri Saidon berkata, susunan batu dan batu nisan besar yang juga bercorak batu nisan Aceh pada makam terbabit bererti satu penghormatan dan makam ini milik golongan kenamaan serta bukan rakyat biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 6:04 AM