SYAFIQ Kyle. FOTO Aziah Azmee
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Percaya pada rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT, pelakon Syafiq Kyle, 25, tidak kisah andai dirinya masih belum cukup popular.

Baginya setiap individu punya waktu dan masa yang berbeza-beza untuk dikenali ramai.

Walaupun sudah lima tahun membabitkan diri dalam bidang seni, Syafiq tetap optimis untuk terus bekerja keras memperbaiki mutu lakonannya.

“Saya tidak kisah apabila lambat popular. Itu adalah rezeki setiap orang. Mungkin mereka yang ambil masa sekejap untuk popular itu tidak dapat bertahan lama apabila di atas.

“Apa yang saya boleh katakan, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat dan ada sekarang,” katanya yang bakal terbabit dengan projek Mega Drama Astro bertajuk Mencintaimu Mr Fotografer.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 4:08 AM