HM Digital
am@hmetro.com.my


• Tiga sekeluaga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 155 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Lanchang berhampiran Temerloh, malam tadi selamat dikebumikan, 12.15 tengah hari.

• Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah reman terhadap seorang lelaki yang dipercayai menjadi orang tengah dalam kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

• Seorang lelaki berusia 36 tahun dibelasah orang ramai sebaik gagal meragut telefon bimbit seorang wanita berusia 20-an di Port Dickson, Negeri Sembilan, 5.15 petang.

• Dua pegawai kanan dan tiga pegawai Pusat Urus Zakat Pulau Pinang dibebaskan dengan jaminan dan seorang penjamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang selepas tempoh tahanan reman berakhir, hari ini.

• Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Neger N74 Pujut, Sarawak pada 4 Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 7:04 PM