ANTARA ahli Budak Masjid Solomak. Gambar kecil, ahli Budak Masjid Solomak mengecat batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Bintongan, Rembau dan permukaan jalan yang disimen ahli Budak Masjid Solomak. FOTO Khairul Najib Asarulah Khan
Raja Noraina Raja Rahim dan Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my


Rembau: Ketika remaja lain ligat bersosial, bermain permainan video dan melepak, sekumpulan remaja memilih pendekatan berbeza apabila memilih mengejar saham akhirat.

Kumpulan remaja ini terbabit dalam kerja amal di masjid, selain menjalankan misi kebajikan seperti menampal jalan rosak, membersihkan kubur, bergotong-royong dan membantu orang susah ibarat adiwira tanpa kostum.

Kumpulan yang menamakan diri mereka ‘Solomak Mosque Boys’ (Budak Masjid Solomak) ini dianggotai 15 remaja iaitu adik beradik, Putera Firdaus Yuzaimi, 18, Putera Muhd Haiqal, 17, dan Putera Nor Hafiz, 14, serta M Mohd Akmal Mazlan, 17, Azri Ausrin Mohd Azmi, 17, Mohd Nur Hakim Mazlan, 16, dan Muhammad Hasbi Abd Razak, 16.

Ahli lain ialah Muhammad Faiz Iman Rosli, 15, Muhammad Danish Fitri Amli, 14, Muhammad Shahrizal Ariffin, 14, Muhammad Faris Abdul Razak, 13, dan Muhammad Amyrul Aiqal Abdullah, 13.

Mereka berasal daripada latar belakang berbeza namun mempunyai satu niat sama iaitu mencari pahala dan keredaan Allah SWT.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 5:42 AM