ALHAMDULILLAH (tengah) bersama ibu bapanya menunjukkan jersi yang tertulis namanya ketika ditemui di kediamannya di Surabaya. Gambar kecil, kad peperiksaan milik Alhamdulillah yang tular di media sosial di Indonesia baru-baru ini. FOTO Agensi
Agensi

Surabaya: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Surabaya menjadi popular di laman sosial selepas namanya yang unik tular di Internet.

Pelajar berusia 13 tahun itu popular selepas kad peperiksaan yang tertulis namanya, Alhamdulillah Lanang Anakku tular di media sosial baru-baru ini.

Alhamdulillah atau dipanggil Elak oleh keluarga dan rakannya berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan namanya yang unik itu.

“Saya tidak malu, malah gembira sahaja. Rakan dan guru agama saya memberitahu nama saya bagus kerana mengandungi doa iaitu Alhamdulillah.

“Walaupun nama saya sering menjadi usikan rakan tetapi saya senyum sahaja kerana memang itu nama saya,” katanya kepada Tribunnews.com.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 5:30 AM