HEO Jae-Won. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Kuantan: Pemain pertahanan import Pahang Heo Jae-Won mahu pergerakan Liridon Krasniqi dan Baddrol Bakthiar dirantai pada pertemuan dengan Kedah dalam aksi final Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam, malam esok.

Jelas pemain berusia 32 tahun dari Korea Selatan itu, Krasniqi dan Baddrol dianggap jentera yang menghidupkan permainan Lang Merah.

“Pada saya, Liridon (Krasniqi) dan nombor 7 (Baddrol) pemain utama dalam mengatur permainan. Kami perlu berhati-hati dengan pergerakan dua pemain ini.

“Tapi sudah pasti kami juga perlu memberi perhatian kepada semua pemain lawan dan tidak boleh hilang fokus sepanjang permainan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2017 @ 4:47 AM