PERUNDING Am Life sedang memberikan tunjuk ajar mengenai penggunaan tilam dengan betul.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Laporan media pada 2012 menunjukkan 33.8 peratus penduduk Malaysia mengalami gejala insomnia dan 12.2 peratus daripadanya menghidap insomnia kronik.

Perangkaan ini mempamerkan fakta yang membimbangkan. Seramai 71,000 orang mengalami kecederaan setiap tahun disebabkan kemalangan berkaitan tidur.

Kira-kira 46 peratus daripada individu yang sering mengalami gangguan tidur dilaporkan tidak hadir kerja atau membuat kesilapan semasa bekerja.

Hasil penyelidikan menunjukkan setiap individu menghabiskan satu pertiga daripada hayat dengan tidur. Tidur adalah keperluan asas manusia dan penting untuk kesihatan.

Insomnia adalah gangguan tidur dengan ciri sukar untuk tidur atau kerap terjaga daripada tidur. Individu insomnia biasanya mengalami satu atau lebih daripada simptom berikut:

• Sukar untuk tidur

• Kerap terjaga di tengah malam dan sukar untuk tidur kembali

• Bangun terlalu awal pada waktu pagi

• Berasa letih ketika bangun pagi

Kini insomnia seakan-akan menjadi satu gangguan tidur biasa dalam masyarakat moden, dicetuskan oleh kesibukan dan tekanan hidup. Tekanan ini disebabkan oleh banyak faktor antaranya membabitkan pekerjaan, kematian orang yang tersayang, perceraian, perpindahan atau masalah perhubungan.

Selain itu, penyakit, keresahan hati, faktor persekitaran (contohnya cahaya yang sangat terang, bunyi bising, cuaca terlalu sejuk atau panas) dan pengambilan sesetengah ubat (seperti ubat merawat selesema, alahan, kemurungan, tekanan darah tinggi dan asma) juga boleh menjejaskan tidur seseorang.

Faktor terkini dan paling berpengaruh ialah penggunaan alat elektronik khususnya gajet termasuklah telefon pintar turut memberi kesan besar kepada gejala kurang tidur.

Ramai orang sanggup bersengkang mata melayari laman sembang, mengikuti perkembangan rakan maya di media sosial atau bermain ‘game’ sehingga tidak sedar waktu sudah melangkau ke dini hari. Biasanya, pada waktu ini agak sukar hendak melelapkan mata dan jika tidur pun, mungkin tidak berapa lena kerana bimbang terlewat bangun untuk ke tempat kerja atau sekolah.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa tidur yang kurang berkualiti boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, kelemahan sistem imun dan menimbulkan masalah psikologi seperti kemurungan, keresahan dan psikosis.

Terdapat hampir 100 gangguan tidur yang biasa dialami, tetapi kebanyakannya boleh ditangani dan diuruskan dengan bantuan pakar tidur. Memandangkan hanya satu pertiga daripada penghidap meminta bantuan profesional, Am Life berhasrat memberikan lebih banyak pendidikan kesihatan menggunakan terapi keupayaan elektrik, yang dibuktikan secara saintifik di Jepun berpuluh-puluh tahun dahulu.

Apabila permintaan global meningkat bagi penjagaan kesihatan berkaitan insomnia dan masalah kesihatan suboptimum pada 2012, Pengasas Am Life Lew Mun Yee mencari ‘sistem tempat tidur penjagaan kesihatan’ yang boleh memberikan kesihatan sewajarnya.

Kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan Am Life bersifat semula jadi dengan matlamat mencipta kesihatan daripada tidur menerusi terapi tanpa ubat-ubatan, suntikan dan tidak invasif.

Ia merangsangkan proses penyembuhan semula jadi badan, memberikan terapi paling asas menerusi pendekatan penjagaan kesihatan tidur dengan menangani akar umbi tabiat hidup sehari-hari.

Kelengkapan tempat tidur ini pada asasnya ialah tilam termoterapi serat karbon yang disokong oleh ‘bantal kesihatan prestasi tinggi’ dan ‘selimut tenaga titanium’.

Pada asasnya, terapi naturopati ini bertujuan menjaga kesihatan secara menyeluruh. Tilam rawatan keupayaan elektrik ini 100 peratus diimport dari Jepun. Seawal 1928, Jepun mencipta terapi keupayaan elektrik dan selepas kajian klinikal selama 40 tahun, akhirnya pada 1968, Kementerian Kesihatan Jepun mengiktiraf terapi keupayaan elektrik sebagai peralatan perubatan.

“Ramai orang membeli banyak jenis produk penjagaan kesihatan atau peralatan penjagaan kesihatan untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan.

“Cabaran terbesar ialah disiplin untuk menggunakan produk ini. Oleh kerana tidur adalah satu keperluan dan tidak boleh dielakkan, maka ini menjadikan produk penjagaan kesihatan tidur satu cara inovatif menggabungkan teknologi dan corak rehat harian. Ia juga memberi satu cara baru memulihkan kesihatan menerusi tidur,” jelas Lew yang baru-baru ini menerima Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia 2017 di Prague, Republik Czech, menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia yang menerima anugerah berprestij itu.

Anugerah yang menjadi rebutan ini hanya disampaikan kepada lima negara iaitu Brazil, Itali, Mexico, Portugal dan Malaysia oleh kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia di majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidikan Tidur & Perubatan Tidur Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2018 @ 2:20 AM