MINYAK argan ada unsur antipenuaan.
ROSMAWATI menunjukkan cara mekap menggunakan Glam Oil.
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@hmetro.com.my


Berdasar laporan penyelidikan, minyak argan daripada biji pokok yang banyak tumbuh di Maghribi mengandungi unsur antipenuaan, baik untuk penjagaan kecantikan, merawat kulit, menghilangkan jerawat, kesan hitam, kulit kusam dan berminyak.

Diguna sejak 1,500 SM oleh ratu dan puteri raja di Asia Barat untuk merawat wajah dan tubuh, akhirnya manfaat argan digunakan dalam kalangan doktor dan pengamal kecantikan Eropah dan Amerika. Bahkan ia kini diguna dalam produk kecantikan, sama ada untuk kulit atau wajah di negara ini.

Permintaan tinggi terhadap produk yang dihasilkan daripada minyak argan membuatkan pengasas Glam Oil Rosmawati Abd Razak menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan kulit berasaskan minyak argan dan minyak rosehip dihasilkan daripada kelopak bunga ros.

Menurut Rosmawati, idea menghasilkan produk daripada dua bahan ‘ajaib’ berkenaan timbul selepas melihat permintaan menggalakkan terutama daripada bahan organik semula jadi.

“Saya percaya masyarakat sekarang lebih bijak membuat pilihan terutama bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Dalam botol Glam Oil kami hanya menggunakan dua bahan iaitu minyak argan dan minyak ros.

“Ia adalah seratus peratus bahan semula jadi yang diimport khas dari Amerika Syarikat (AS) dan Maghribi. Pengguna juga tidak akan berasa kesan serta-merta kerana ia adalah bahan organik yang tiada campuran kimia selain baunya sedikit ‘tengik’,”katanya kepada Metro Ahad.

Pokok argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara, namun kini terancam dan berada di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Minyak argan juga kekal sebagai antara minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.

Selain merawat kulit, minyak argan serta rosehip juga membantu merawat bibir kering, menguatkan kuku, rambut serta boleh dijadikan sebagai pelembap sebelum bersolek.

Khasiat minyak argan

• Melindungi kulit daripada kedutan disebabkan penuaan.

• Baik untul kulit kering di mana ia membantu menyegarkan dan melembutkan kulit.

• Minyak argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk kekenyalan kulit. Ini menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi menganjal serta menjadikan ia tampak lebih segar.

• Masalah gatal pada kulit dan parut juga dapat diatasi dengan minyak argan

• Minyak argan mencegah tanda regangan pada kulit terutama ketika hamil.

• Menguatkan kuku yang mudah rapuh serta menguatkan kulit halus pada akar kuku.

• Untuk penyakit berkaitan sendi seperti rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis (OA) dan lupus, minyak argan boleh membantu mengurangkan rasa sakit.

• Minyak argan juga boleh digunakan untuk berurut dan sangat baik untuk rasa yang lebih relaks di samping menjadikan kulit lebih cantik, sihat dan menawan.

• Antara fakta paling menarik mengenai minyak argan ialah ia sangat efektif untuk kulit berminyak serta kering. Ia juga mengawal rembesan sebum dan menjadikan lebih stabil.

Sumber: Salasiah Salleh

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2017 @ 12:26 AM