DR Mohammad (dua dari kiri) melawat unit farmasi HSNZ, semalam.
Nazdy Harun
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar menempelak segelintir pihak yang menularkan cerita tidak benar kononnya ubat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkurangan berikutan kerajaan tidak mempunyai wang untuk membeli bekalan.

Katanya, tahun ini, kerajaan membelanjakan RM77.2 juta untuk membeli ubat-ubatan berbanding tahun lalu hanya RM75.6 juta.

“Bekalan ubat di HSNZ mencukupi dan tuduhan kerajaan tidak mempunyai wang untuk beli bekalan ubatan seperti diperkatakan netizen tidak benar sama sekali.

“Hanya kerana kes tertentu seseorang individu sanggup membuat tuduhan mendakwa unit farmasi HSNZ tidak mempunyai ubat.

“Memang dalam kes tertentu, contohnya berkaitan penyakit yang jarang menyerang, maka ubatnya tidak disimpan dalam kuantiti banyak lebih-lebih lagi harganya mahal,” katanya kepada Harian Metro ketika mengadakan lawatan ke Unit Farmasi HSNZ, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 4:50 AM