NOOR Azian merasmikan Op Patuh di Cawangan LHDN di Kota Bharu.
Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Taktik licik sebuah syarikat di Melaka yang dipercayai cuba mengelak membayar cukai dengan tidak mengemukakan borang nyata pendapatan berjumlah RM20 juta dikesan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, syarikat itu didapati gagal berbuat demikian dalam tempoh enam tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN Datuk Noor Azian Abdul Hamid berkata, kesalahan syarikat itu dikesan hasil kerjasama strategik antara LHDN dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha mengelak ketirisan cukai.

“Oleh itu kita akan buat audit luar dan audit meja terhadap syarikat berkenaan bagi menentukan kesalahan yang dilakukan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya di Majlis Perasmian Kunjungan Mesra Hasil Berfokus Op Patuh Peringkat Nasional di LHDN Cawangan Kota Bharu, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 5:52 AM