Aminudin di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


Kuala Terengganu: Tindakan seorang lelaki mencederakan anggota tentera dalam cubaan merampas senjata di sebuah kem di Kuala Nerus pada Februari lalu membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh, Aminudin Mohamad, 41, dari Bandar Permaisuri, Setiu, yang juga bekas anggota tentera, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan pisau terhadap Zaimi Mohd Jalani, 29, di pos pintu utama Kem Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Seri Pantai, Kuala Nerus jam 1.55 tengah hari pada 10 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 5:21 AM