AHMAD Syakir.
BAYI kembar.
Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) meminta kerjasama orang ramai mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak dan dua bayi kembar.

Pelindung JKMWPKL Ahmad Sofiyan Mohamad Redzwan berkata, bagi kes pertama, kanak-kanak bernama Ahmad Syakir, 10, ditempatkan di Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Pada 8 Mei lalu, satu Perintah Jagaan Sementara mengikut Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 meletakkan kanak-kanak itu di bawah jagaan Institusi JKM sementara menunggu tempoh siasatan mengesan ibu kandung yang dikenali dengan nama Inawati, manakala bapanya, Abdul adalah warga Indonesia.

“Bagi kes kedua, bayi kembar berlainan jantina yang dirujuk Hospital Selayang kerana ibu kandung difahamkan seorang warga Vietnam.

“Berdasarkan alamat terakhir, JKM gagal mendapatkan waris atau penjaga kepada pasangan bayi kembar berkenaan menyebabkan jabatan perlu mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya.

“Kita berharap ibu kandung atau waris kanak-kanak yang mengetahui maklumat mengenainya hadir ke JKMWPKL di Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan berhubung terus dengan Pelindung Mohd Sabry Ahmad di talian 03-26124000 atau 03-2612 4119.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 7:33 AM