FAZLEY. FOTO Zulfadli Zulkifli
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

PENYANYI dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengabadikan kisah cinta dengan bekas kekasih berbangsa Cina menerusi lagu ‘You Are My Love’.

Menurut Fazley, lagu dihasilkan bersama komposer Ajai itu turut diselitkan dua baris ayat melafazkan cinta dalam bahasa Mandarin.

“Sebelum mendirikan rumah tangga, saya pernah bercinta dengan wanita berbangsa Cina, namun atas perbezaan agama kami hanya kekal sebagai rakan.

“Cinta itu hanya bertahan selama setahun,” katanya pada sidang media Fun Taipei, hari ini.

Penyanyi Cerita Asmara itu berkata, dia sudah meminta izin dari isterinya sebelum menghasilkan You Are My Love.

“Isteri tiada masalah saya buat lagu mengenai kisah cinta dengan bekas kekasih.

“Lagi pun, dia sudah berkahwin dan kami masih berkawan sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, Fazley yang dilantik sebagai duta Halal Taipei bakal memperkenalkan lagu bahasa Mandarin sepenuhnya dalam masa terdekat.

“Saya perlu membetulkan sebutan bahasa Mandrin sebelum mula rakaman. Ada guru bantu saya untuk menyebut setiap perkataan dengan tepat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 September 2018 @ 8:32 PM