Fadzil mahu bekerjsama dengan Fathia. FOTO AZIAH AZMEE
Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my


KENYATAAN dimuat naik penerbit drama popular, Fadzil Teh di laman sosial mengenai produksinya bersedia bekerjasama dengan Fathia Latif mengejutkan ramai penggiat.

Sewaktu membintangi drama Matilah Nak sebelum ini, pelakon itu menimbulkan masalah hingga menyebabkan syarikat produksi terbabit berada dalam situasi kurang selesa dengan pihak stesen televisyen.

Namun baru-baru ini, Fadzil sekali lagi memberitahu pihaknya tidak ada masalah bekerja dengan Fathia.

Malah dia turut melamar pelakon penuh kontroversi itu untuk menjayakan drama bersiri terbaru terbitan syarikat terbabit.

Fadzil dihubungi hari ini, berkata, pihaknya memang tidak pernah ada masalah dengan Fathia dan jika ada pun, ia bukanlah perkara besar.

“Hal yang timbul bukanlah perkara besar dan tiada kaitan dengan disiplin kerja. Perkara timbul adalah masalah komunikasi antaranya dan pasukan kerja.

“Seperti umum tahu, Fathia agak emosi tetapi apabila okey dia akan memberikan komitmen penuh,”€ katanya.

Menjelaskan mengenai situasi Fathia ketika ini dikatakan tidak ada masalah untuk bekerja dan tampil dalam mana-mana stesen TV, Fadzil turut mengakuinya.

“€œSebaik pemerintahan negara berubah, ada pegawai di stesen TV memberitahu mereka sudah tiada halangan untuk pihak saya melamar Fathia berlakon dalam drama dihasilkan untuk mereka.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dilakukan disebabkan penggambaran sudah bermula namun Fathia mungkin terbabit dalam projek baru produksi saya untuk stesen itu nanti,”€ katanya.

Sebuah stesen TV memberitahu mereka tidak pernah menghalang mana-mana produksi melamar Fathia.

Cuma apa dibimbangkan adalah produksi tidak dapat mengawal pelakon itu sehingga menyebabkan penggambaran tergendala dan mengakibatkan produksi tidak dapat menepati tarikh tayangan ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 6:45 PM