Sherry tidak mahu terburu buru melangkah ke fasa perkahwinan. FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD
Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


PELAKON Sherry Ibrahim berjanji akan kongsikan kepada umum sekiranya dia berkahwin suatu hari nanti dan tidak mahu merahsiakannya.

Menurut Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 35, dia tidak melihat perlu ada sebab untuk berdiam mengenainya.

“Semestinya, saya akan uar-uarkan kepada semua jika mahu berkahwin nanti. Benda yang baik harus kita kongsi,” katanya.

Mengakui intim dan bahagia dengan seseorang sekarang, Sherry bagaimanapun tidak mahu terdesak melangkah ke fasa perkahwinan.

Menurutnya, dia bersyukur hubungannya dengan jejaka yang dirahsiakan itu berjalan lancar dan mengambil pendekatan untuk tidak bercerita lanjut mengenainya.

“Jodoh rahsia Allah. Setakat ini, kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan Alhamdullilah dia sangat ‘supportive’.

“Saya menetapkan dua jenis gaya hidup untuk diri saya iaitu satu dikongsi kepada umum dan satu lagi simpan sebagai hal peribadi. Saya lebih selesa untuk tidak mendedahkan banyak mengenai kehidupan saya.

“Meskipun kini berusia 35 tahun, saya akan tetap dengan pendekatan sebegitu. Lebih baik saya tumpukan kepada kelangsungan projek lain yang saya sedang usahakan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 April 2018 @ 2:21 PM