GAYATRI (kiri) menafikan dakwaan sebagai orang ketiga hingga hubungan bekas kekasihnya, Zul Ariffin dengan pelakon Zahirah Macwilson berakhir. FOTO Gayatri Su-lin Pillai / arkib NSTP
Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my


PENERBIT Gayatri Su-lin Pillai menafikan dakwaan sebagai orang ketiga hingga hubungan cinta bekas kekasihnya, Zul Ariffin dengan pelakon Zahirah Macwilson berakhir sejak lebih sebulan lalu.

Gayatri ketika dihubungi berkata, dia sudah menganggap Zul sebagai sahabat baik dan mereka akan terus berkawan seperti biasa.

“Saya dan Zul sudah berkawan baik hampir sedekad. Banyak kami lalui bersama, baik ataupun sebaliknya, sejarah kami hanya kami dan keluarga yang tahu.

“Kami akan tetap berkawan, selagi Tuhan izinkan, sebab saya terkenang budi Zul kepada saya dan keluarga yang tidak boleh dibalas dengan wang ringgit pada satu ketika dulu.

“Tiada istilah menjadi orang ketiga dalam perhubungan Zul. Namun kami saling berkomunikasi danberjumpa atas urusan kerja,” katanya.

Menurut Gayatri, dia tidak berkecil hati atau marah apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan Zul dengan Zahirah.

“Saya tidak marah atau berkecil hati. Walaupun dari dulu saya kunci mulut dan tidak memberikan komen mengaibkan sesiapa, saya tetap menerima provokasi serta hinaan melalui media sosial.

“Namun begitu, saya tidak mengambil pusing atau melayan sebarang bentuk provokasi, kerana bagi saya tidak guna membuang masa melayan mereka yang hanya berani di media sosial namun tidak berani untuk bersemuka dengan saya sendiri.

“Biarlah orang nak kata apa-apapun, kami tidak boleh tutup mulut ataupun puaskan hati semua orang.

“Kalau fikir secara logik berbaloi ke saya putuskan hubungan persahabatan dengan Zul? Dia seorang pelakon yang berbakat besar. Jadi saya harus bekerjasama dengan dia dan mendorong dia untuk lagi berjaya dalam industri,” katanya.

Ditanya jika dia akan kembali dengan Zul selepas bekas kekasihnya kembali solo dan terbuka hati menerimanya, Gayatri berkata: “Soalan ini juga ditanya pada Zul yang baru memberi kenyataan dan boleh dipusing lagi seperti Zul akan beralih dengan cepat dan saya rasa ini kurang sesuai. Biarlah dia diberi ruang sedikit untuk fokus kepada kerjayanya daripada fikirkan soal cinta dan saya pun tidak fikir ke arah itu.

“€œMemang betul saya pernah beritahu Zul saya berhasrat mendalami Islam beberapa tahun lalu dan sejak itu saya cuba belajar sikit demi sikit untuk memahami lebih tentang Islam.

“Saya bernasib baik sebab ramai disekeliling saya dapat memberi dorongan dan nasihat kepada saya dan saya amat menghargainya,” katanya.

Berita berkaitan:

'Saya sudah move on' - Zahirah

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 7:20 PM