David (kiri) bersama bapa tersayang, Teo Tuan Ching semasa hayatnya. FOTO Instagram
Amirul Haswendy Ashari
haswendy@hmetro.com.my


BAPA kepada produser filem popular, David Teo, Teo Tuan Ching meninggal dunia pada usia 89 tahun akibat kanser paru-paru, tengah malam tadi.

"Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat," kata David.

Katanya, mungkin mendiang sudah tahu hayatnya tidak lama lantas meminta pulang ke rumah sendiri.

Produser itu juga akui mendiang pernah meluahkan rasa gembira kerana dapat melihat semua anaknya berjaya sebelum menutup mata.

Biarpun pergi dalam keadaan tenang di sisi keluarga di rumah, David tetap bersedih kerana dia meninggal dunia beberapa hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina.

Mendiang meninggalkan lapan orang anak termasuk David yang merupakan anak ketujuh.

David yang juga Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Intan Ladyana.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2018 @ 4:23 PM