Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


SERAMAI 2,000 peminat hadir menyaksikan konsert kumpulan Incubus berlangsung di KL Live Center, Kuala Lumpur, malam ini.

Ini kali keempat kumpulan rock terkenal dari Calabasas, California, Amerika Syarikat itu membuat persembahan di Malaysia bagi memperkenalkan album terbaru mereka berjudul 8.

Konsert bermula 9 malam itu menyaksikan persembahan penuh bertenaga menerusi penampilan Brandon Boyd (vokalis), Mike Einziger (gitar), Jose Pasillas (dram), Ben Kenney (bass) dan Chris Kilmore (keyboard).


Persembahan Incubus di KL Live Center. FOTO Megalomaniac

Antara beberapa lagu dari album baru dipersembahkan adalah Nimble Bastard, Glitterbomb, Loneliest, No Fun dan State of Art.

Mereka turut menghiburkan peminat dengan beberapa lagu hit lama, Megalomaniac, Wish You Were Here dan Drive.

Incubus menghasilkan lagu untuk album 8 pada 2017 dan berkolaborasi dengan produser terkenal, Skrillex bagi memberi sentuhan segar dalam muzik mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 @ 11:52 PM