RITA bersama dua anaknya Airit Rayyan (kiri) dan Arjuna.
Cik Pang

Berbaki seminggu bagi mereka bergelar ibu dan bapa akan menguruskan hal persekolahan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang anak mereka baru memulakan persekolahan memasuki tahun satu pasti akan lebih teruja.

Perasaan sama juga turut dirasai Rita Rudaini apabila anak bongsunya Airit Qaqa Arjuna akan mula memasuki tahun satu Januari ini.

Teman Cik Pang yang berkongsi rasa teruja Rita itu bercerita yang pelakon jelita itu tidak dapat membayangkan perasaan sedihnya nanti.

Kata teman Cik Pang, Rita pasti akan menangis ketika sepanjang dia menemani Arjuna atau lebih manja dengan panggilan Dik Mok itu.

Alasan diberikan Rita, macam mana dia tidak menangis apabila sepanjang seminggu menghantar dan menemani Arjuna itu nanti pasti melihat ibu bapa yang menghantar anak dan menemani bersama akan mencuit hatinya mahupun anak-anak.

Melihat murid lain yang ditemani bapa dan ibu pasti akan menjentik perasaan sedih pada anak-anak yang hanya ada ibu mereka saja datang menemani mereka.

Kata Rita, perasaan yang sama juga turut dia rasai sewaktu anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin mula bersekolah.

Cik Pang faham sebagai manusia terutama ibu, apabila membabitkan anak-anak pastinya cepat mencuit perasaan.

Sekuat manapun kita tetapi melihat kebahagiaan yang diperoleh anak orang lain sudah tentu akan membuatkan Rita sedih.

Sabarlah Rita dengan dugaan ini, Insya-Allah semuanya akan baik-baik. Apabila sedih, pandang wajah anak dan jadikan ia sumber kekuatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2017 @ 4:37 AM