Hanez bersama suaminya.
Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


PELAKON Hanez Suraya menjelaskan perkahwinan dengan suami Romie Razin Adilha bahagia dan dalam perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Hanez, 32, berkata gosip mengatakan rumah tangganya kembali bergolak sekali lagi adalah lucu dan tidak masuk akal.

"Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak atif dalam industri pun tetap ada yang tak puas hati.

"Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hanez gosip sebegitu bukan sahaja menimbulkan persepsi negatif di kalangan orang sekeliling malah boleh membuatkan dia dan suami bergaduh.

Malah dakwaan yang mengatakan dia memfailkan perceraian awal tahun ini sengaja ditimbulkan pihak tertentu yang dengki dengan kehidupannya sekarang.

Hanez dan Romie berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2017 @ 2:07 PM