Elisya akui rapat dengan Uzair. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


PELAKON Elisya Sandha mengaku dia kini rapat dengan anak kepada pelakon, pengacara dan penerbit popular, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimi, 21.

Elisya, 17, yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha berkata, setakat ini mereka hanya berkawan rapat dan belum tiba waktunya untuk membicarakan soal cinta.

“€œKami masih muda lagi. Saya mengenalinya kira-kira dua tahun lalu dan selepas itu lama tidak bertemu.

“Baru-baru ini kami terserempak di restoran dan saling bertegur sapa. Sejak itu kami rapat balik,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya.

Menurut Elisya, dia enggan memikirkan soal cinta lagi kerana mahu mengukuhkan kerjaya terlebih dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2017 @ 8:06 PM