RANGKAIAN model telefon pintar Rug Gear yang sesuai untuk aktiviti lasak.
Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my

Dalam kalangan pengembara, pastinya telefon pintar menjadi antara peranti utama yang perlu dibawa bersama.

Ia bukan saja berfungsi sebagai alat untuk memudahkan cara berkomunikasi, malah lebih daripada itu.

Daripada merakam gambar dan video, merekod jejak ketika mendaki, melihat peta digital, mendengar lagu atau menonton video, semuanya boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu peranti.

Bagaimanapun, ‘musuh’ paling utama ialah jangka hayat bateri yang pendek apabila berada pada keadaan terlalu sejuk atau terjatuh menyebabkan peranti pintar rosak.

Paling, menakutkan apabila ia tidak dapat berfungsi langsung ketika mengembara.

Baru-baru ini, penulis bersama komuniti pendaki tempatan dan pelari denai sempat mengikuti previu dan demonstrasi satu jenama peranti dari Jerman, Rug Gear yang menawarkan beberapa model telefon pintar miliknya yang sesuai untuk aktiviti lasak.

Antara model diperkenalkan untuk pasaran Malaysia ialah RG160, RG310, the RG730 yang diuji kemampuannya untuk situasi lasak seperti direndam di dalam air selama 30 minit, dilumur dengan lumpur, dipijak dan dicampak berulang kali.

Hasilnya, semua model berkenaan mampu berfungsi seperti biasa yang menunjukkan peranti Rug Gear sememangnya berupaya berdepan dengan situasi mencabar ketika dibawa untuk mengembara.


KUMPULAN media dan pendaki tempatan menyertai demonstrasi Reg Gear.

Lebih menjadi perhatian apabila ketiga-tiga model berkenaan juga mampu berfungsi pada tahap suhu ekstrem bermula negatif 20 darjah Celsus hingga 60 darjah Celsus yang sesuai untuk pendaki gunung atau pengembara ekstrem khasnya.

Model telefon pintar itu juga menggunakan platform Android untuk beroperasi yang membantu pengembara memuat turun aplikasi yang sesuai untuk digunakan.

Tidak ketinggalan rangkaian telefon pintar Rug Gear juga dilengkapi dengan ciri-ciri kamera depan dan belakang, bateri mampu bertahan hingga sembilan jam (bergantung kepada penggunaan), dwi kad sim, skrin boleh sentuh meskipun terdapat papan kekunci timbul dan mampu beroperasi pada rangkaian telekomunikasi 3G dan 4G.

Harga setiap model berkenaan dijual bermula RM799 hingga RM2,299 seunit. Orang ramai boleh membelinya menerusi dalam talian, www.8excite.com.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 11:01 AM