SOH (tengah) selepas pelancaran Kempen ##myhappyplate 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my


Sering kali masyarakat memandang mudah sisa makanan yang dibuang merata-rata tanpa diuruskan dengan cara betul.

Sebenarnya, tindakan itu boleh memberikan impak buruk terhadap alam sekitar kerana tanpa disedari bahan berkenaan membebaskan gas berbahaya seperti karbon dioksida dan metana yang menjadi penyebab pencemaran.

Berdasarkan kaji selidik Sisa Makanan Electrolux Asia Pasific mendapati 77 peratus rakyat Malaysia membuang makanan dari rumah.

Sementara itu, menurut SWCorp Malaysia pula 15,000 tan makanan dibuang setiap hari oleh rakyat negara ini.

Hakikatnya, ia perkara yang serius dan jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan masalah sedia ada menjadi lebih ‘tenat’.


SOH (kanan) ketika memberi penerangan mengenai Kempen #myhappyplate 2017.

Menyedari perkara itu Electrolux Malaysia mengambil inisiatif melancarkan Kempen #myhappyplate 2017 bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit.

Pengurus Besar Electrolux Malaysia dan Brunei Koh Soh Hoie berkata, kempen itu berlangsung selama sebulan sehingga 3 November ini diadakan menerusi Facebook Electrolux Malaysia.

“Orang ramai hanya perlu ‘like’, kongsi dan menularkan video infografik #myhappyplate mengenai pembaziran makanan.

“Setiap satu perkongsian video ini adalah ‘ikrar’ dan sokongan terhadap kempen berkenaan. Electrolux Malaysia akan menyumbang bungkusan #happyplate berupa barangan makanan untuk aktiviti amal,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan kempen berkenaan mendapat 1,100 perkongsian supaya 1,100 bungkusan #happyplate boleh disumbangkan kepada golongan memerlukan di negara ini menerusi sebuah pertubuhan kebajikan iaitu GT Community Care Berhad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 1:39 PM