Oleh Junaidi Ladjana
junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kinabatangan: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh tepi bas ekspres di Kilometer 134 Jalan Sandakan-Lahad Datu, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, penunggang, Piki Omar, 38, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Rizal Riduan, 20, yang dikejarkan ke Hospital Lahad Datu selepas kejadian itu disahkan meninggal dunia 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata siasatan awal mendapati bas ekperes yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian tiba-tiba motosikal dari arah bertentangan merempuh bahagian tepi sebelah kanan bas ekspres terbabit.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal tercampak di atas jalan dan tayar belakang sebelah kanan bas ekspres itu dipercayai menggilis penunggang.

“Pembonceng pula dibawa oleh pemandu bas itu ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia jam 9.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah warga Indonedia dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2015 @ 12:22 PM