MANGSA cedera di kepala dan lengan, semalam.
Oleh Siraj Mohd Zaini
siraj@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Setapak di sini, terkoyak kulit kepala selepas dibelasah lima rakan sekelasnya.

Difahamkan kejadian berlaku jam 1 petang semalam ketika mangsa bersama lima suspek bermain di dalam kelas selepas tamat sesi persekolahan.

Sumber polis berkata, berlaku ejek mengejek sebelum mangsa dipercayai dipukul menggunakan kayu dan tong sampah sehingga mengakibatkan mangsa cedera.

“Mangsa mengalami luka teruk di atas kening kiri dan selain cedera di lengan.

“Kejadian hanya disedari kakak mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Wangsa Maju di sini, untuk membuat laporan polis,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2015 @ 8:43 AM