ANGGOTA trafik mengiringi dua pesalah trafik di pekarangan mahkamah, semalam.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta dikesan mempunyai ‘hobi’ menyimpan koleksi saman trafik sejak lebih lima tahun lalu tanpa mahu menjelaskannya.

Lelaki terbabit yang mempunyai 11 waran tangkap bagaimanapun, menerima kejutan apabila sepasukan polis trafik ‘berkunjung’ ke pejabatnya di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini, jam 11 pagi, semalam.

Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata, lelaki itu ditahan polis dalam operasi Ops Warta yang memasuki hari ke tujuh, semalam.

Menurutnya, suspek sedia maklum berhubung waran tangkap dimilikinya, tetapi tidak berniat menyelesaikan saman dan waran tangkap berkenaan.

“Sebaik ditahan, lelaki itu menunjukkan reaksi terkejut. Namun selepas diterangkan kesalahannya, dia mengaku sudah tahu berhubung waran tangkap dimilikinya namun tidak pernah mengambil inisiatif untuk membayar kompaun itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 8:23 AM