Geneva: Kerajaan Switzerland mengumumkan ia akan menghentikan permit kerja khas bagi penari bogel asing yang berasal dari negara seperti Russia, Republik Dominica dan Thailand.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas permit lapan bulan itu tidak akan diperbahaui selepas 2015 kerana dianggap menjadi alat mengeksploitasi seks dan pemerdagangan manusia.

Menurut Menteri Kehakiman Simonetta Sommaruga, ada wanita yang dipaksa minum alkohol serta melacur yang nyata bertentangan dengan undang-undang namun sukar dibuktikan.

Sehubungan itu, bermula 1 Januari 2016 hanya wanita dari Kesatuan Eropah dibenarkan masuk ke Switzerland untuk bekerja di kelab malam.

Permit itu dibenarkan pada 1995 bertujuan melindungi wanita asing yang mahu bekerja sebagai penari di kelab malam tetapi disalahgunakan dan menjerumuskan mereka ke dalam aktiviti pelacuran.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan semalam, pejabat persekutuan akhirnya mencapai kata putus bahawa permit berkenaan tidak lagi efektif dalam memainkan peranannya kerana menggalakkan eksploitasi dan permerdagangan manusia.

Bagaimanapun, aktivis membantah keputusan itu kerana dianggap akan mendorong golongan berkenaan bekerja secara haram seterusnya meningkatkan risiko ekploitasi.

Hakikatnya, pembatalan permit ini tidak menyelesaikan semua masalah kita,” kata Simonetta. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:05 AM