PELUANG berangan jadi Batman.
BILIK bertemakan tamadun Yunani.
CERMIN, poster dan peti simpanan semua bertemakan Batman.
TELEVISYEN tidak kurang pentingnya untuk Batman.

Motel Eden di Taiwan menawarkan bilik penginapan bertemakan kehidupan adiwira popular itu dilengkapi katil, tab mandi dan televisyen seperti yang mungkin ditemui di Batcave - gua yang menjadi tempat persembunyian Batman.

Dinding bilik itu yang boleh disewa untuk tempoh sesingkat tiga jam juga dihiasi untuk nampak seperti gua malah semua hiasan turut menggunakan logo batman.

Hotel itu memang menawarkan bilik penginapan pelbagai tema termasuk berdasarkan filem popular seperti The Mummy dan Sherlock Holmes, malah ada juga kamar yang menggunakan hiasan seperti penjara Alcatraz.

Tidak kurang juga bilik ‘New York, New York,’ ‘Love Suite’ dan ‘Jazz Style’ . Tetapi pemiliknya berkata, kamar Batman yang paling laris.

Hotel itu juga kerap digunakan pasangan yang ingin bermadu kasih untuk hanya beberapa jam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 11:14 AM