GAMBAR Batman dan salinan belasungkawa untuk Merrill.
Agensi

Florida : Laporan dalam belasungkawa akhbar tempatan di Florida mendakwa seorang peminat komik, Stephen Merrill, mati akibat tumbukan adiwira kegemarannya, Batman.

Rakan dan keluarga Merrill menyiarkan belasungkawa itu dalam akhbar The Ledger, minggu lalu, selepas kematiannya secara mengejut pada 12 Februari pada usia 31 tahun.

Keluarganya tidak tahu apa yang patut dikatakan sebagai punca kematian berikutan sebab rasmi masih belum diketahui walaupun Merrill menghidap kanser sejak 2013.

Media melaporkan, seorang rakannya mencadangkan punca kematian pelik itu sebagai jenaka dan pada masa sama untuk mengingati Merrill yang amat meminati adiwira itu.

Tunangnya Stephanie Vella berkata: “Pasti dia terharu jika benar-benar mati akibat ditumbuk Batman.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 6:38 AM