KEADAAN pacuan empat roda selepas bertembung lori tangki. FOTO Hazsyah Abd Rahman
Oleh Hazsyah Abd Rahamn
hmkk@hmetro.com.my


Kinabatangan: Dua beranak maut apabila pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung lori tangki di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.05 petang berhampiran Kampung Perpaduan, pemandu Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19, maut akibat kecederaan parah di kepala selepas tersepit dalam kenderaan mereka yang remuk.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, kenderaan dinaiki dua beranak itu dipercayai datang dari Sandakan menuju Lahad Datu sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama, tangki yang datang dari hadapan gagal mengelak lalu bertembung.

"Pertembungan ini menyebabkan mangsa tersepit dan mati serta merta di tempat kejadian manakala pemandu lori tangki hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa bersama pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 10:18 PM