APABILA memperkatakan berkenaan rekaan, pelbagai idea yang boleh dicanai dan dihasilkan berdasarkan imaginasi atau kehendak pemilik kediaman.
ANTARA seni bina kediaman unik yang pernah dihasilkan Muhsin.
ANTARA seni bina kediaman unik yang pernah dihasilkan Muhsin.
LATAR landskap hijau juga menjadi terapi buat penghuni kediaman.
REKAAN kolam renang perlu sesuai dengan keluasan.
SENI BINA dan penyatuan landskap sempurna.
IDEA dan perbincangan menjadi kekuatan dalam usaha Muhsin dan Ruzniah Fadhlina membangunkan kumpulan MAG.
MUHSIN
Hartini Mohd Nawi
hartini@hmetro.com.my


Perkembangan industri binaan di negara ini cenderung menghasilkan pelbagai rekaan baru dan disyorkan kepada pereka serta arkitek.

Sudah tentu rekaan itu pasti memperlihatkan perubahan mengikut peredaran masa.

Ini secara tidak langsung disebabkan perubahan teknologi dan kemajuan sesebuah negara.

Malah potensi ekonomi juga mempengaruhi daya pelaburan masyarakat negara ini terhadap kediaman sendiri.

Pengarah urusan Kumpulan MAG Muhsin Abdul Ghani, 44, kali ini berkongsi pengalamannya sebagai arkitek yang terbabit dengan dunia pembinaan.

“Negara kita mengalami kepesatan dan pembangunan yang pantas seiring kemodenan global.

“Tidak hairan jika kini sudah ramai pemilik kediaman mahukan rekaan urban dan terkini tanpa menolak nilai amali bagi sesebuah kediaman di kawasan tropika.

“Setiap kediaman pula tidak lengkap tanpa seni bina landskap. Ia bagaikan satu pakej yang perlu ada dan bergantung kepada keutamaan bajet pemiliknya,” katanya yang sentiasa menawarkan kepakaran terbaik buat pelanggannya.

Malah Muhsin tidak menafikan kebanyakan pemilik kediaman yakin dengan kreativiti arkitek dan pereka dalaman dalam menzahirkan rekaan menepati cita rasa masing-masing.

“Apabila memperkatakan berkenaan rekaan, pelbagai idea yang boleh dicanai dan dihasilkan berdasarkan imaginasi atau kehendak pemilik kediaman.

“Namun hakikatnya pereka, arkitek atau kontraktor terikat dengan peruntukan yang disediakan tuan rumah.

“Itu hakikatnya, jika anda inginkan sesuatu yang mewah, pastikan peruntukannya juga seimbang,” katanya.

Malah beliau turut memperbetulkan persepsi sesetengah pihak bahawa jika tidak mempunyai peruntukan mewah bermakna tidak layak memiliki kediaman indah dan eksklusif.

“Persepsi itu perlu diperbetulkan. Di sinilah cabaran bagi seseorang arkitek dalam menghasilkan rekaan menarik berdasarkan peruntukan.

“Berbalik kepada rekaan, bagi saya, ia lebih bersifat subjektif dengan penilaian berbeza.

“Urban itu sendiri rekaannya asas dan boleh digabungkan dengan apa juga konsep seperti Inggeris, Melayu atau tropika.

“Asalkan kena caranya dan menitikberatkan elemen wajib yang perlu ada pada setiap konsep,” katanya turut berganding bahu dengan isteri, Ruzniah Fadhlina Abdul Sattar, 41, dalam membangunkan Kumpulan MAG itu.

Katanya, setiap rekaan itu biar jelas dan jujur selain arkitek atau pereka dalaman terbabit seharusnya mahir dengan setiap elemen yang tersirat khususnya budaya seni bina yang dipilih.

“Begitu juga dengan rekaan moden yang kebelakangan ini disatukan dengan elemen semula jadi.

“Elemen ini sangat sesuai dan berupaya mencipta suasana ruang dinding dan nyaman.

“Kayu, batu kerikil, desiran air, segala-galanya cukup hebat dalam menyejukkan pandangan,” kata Muhsin yang turut menyarankan supaya pemilik kediaman meninjau atau mengambil berat setiap metarial sesuai untuk binaan.

Situasi itu membolehkan pemilik kediaman ‘merisik’ harga pasaran berdasarkan kualiti dan kuantiti.

Daripada keperluan itulah arkitek kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini menubuhkan Kumpulan MAG yang menawarkan kepakaran dalam mereka bentuk, membina, mengubah suai untuk semua jenis kediaman.

Tidak terkecuali dalam menawarkan perkhidmatan mereka dan membina dapur, kaunter bina dalam serta pembinaan kolam renang kediaman.

Di bawah kumpulan MAG tersenarai lima lagi syarikat iaitu MAG Design Sdn Bhd, MAG Architect Sdn Bhd, MAG Builder Sdn Bhd, MAG Interior Sdn Bhd, MAG Steel Art Sdn Bhd dan MAG Pool Sdn Bhd.

Hakikatnya, kepakaran yang diterjemahkan itu turut melayakkan pelbagai pengiktirafan diberikan.

Antaranya MAG Architect Sdn Bhd menerima Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2017 kategori Anugerah Kepimpinan Industri (Penasihat Pereka Dalaman), Anugerah ‘Winner SME 100 Fast Moving Company 2016 dan Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana Magazine 2012/13.

Pejabat Kumpulan MAG terletak di No 35, Jalan Bulan U5/170, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam, Selangor.

Layari Facebook Mag builders, Instagram magbuiders, laman web www.magbuilders.com.my atau emel kepada muhsinmag6@gmail.com untuk sebarang keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:02 AM