DAUNNYA bertulang dan lebar.
Faizal Zain

Salam deko. Selain pokok berbunga, tanaman hiasan berdaun hijau atau berwarna juga salah satu pilihan dalam kalangan pencinta dunia landskap.

Bentuk daunnya yang unik, menarik dan bercorak antara alasan tanaman hias berdaun sangat digemari.

Tanaman hiasan ini sesuai dipadukan dengan bunga-bunga yang sudah menjadi penghias pekarangan atau ruang kediaman anda.

Bermula minggu ini saya akan berkongsi beberapa jenis tanaman hiasan berasaskan daun yang dijangka mampu menjadi pilihan anda.

Pokok kuping gajah

Siapa yang tidak kenal dengan tanaman yang satu ini?

Ia antara tanaman hias berdaun yang semakin popular kerana bentuknya unik dan menarik.

Daunnya bertulang dan lebar.

Bentuknya yang lebar inilah yang menyebabkan tanaman daun ini dikenal dengan nama kuping gajah.

Tanaman ini juga tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak.

Anda boleh letakkan di teras atau bahagian belakang kediaman.

Kuping Gajah ataupun nama saintifiknya Anthurium adalah tanaman hiasan asli dari Amerika Tengah dan Selatan.

Dipercayai ada 600 hingga 800 spesies Anthurium.

Sebahagian berpendapat ada sekitar 1,000 spesies Anthurium di seluruh dunia.

Perkongsian ini akan saya sambung minggu depan dengan beberapa lagi tanaman hiasan yang berasaskan daunan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:00 AM