SAMSUNG Malaysia melancarkan telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ hari ini. FOTO Bernama
Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my


Subang Jaya: Seiring dengan pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8+ di Malaysia, Celcom turut memberi peluang kepada pelanggannya untuk memiliki peranti terbabit melalui program Celcom EasyPhone.

Program ansuran ini ditawarkan melalui langganan dengan mana-mana pelan Celcom FIRST.

Menerusi pelan ansuran selama 24 bulan ini, pelanggan Celcom boleh memiliki Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ pada harga bulanan serendah RM145 dan RM165 serta rangkaian Celcom Lightning Fast LTE.

Rangkaian Celcom Lightning Fast LTE yang diumumkan minggu lalu menggunakan teknologi ‘4-transmit 4-receiver’ (4T4R) bagi membolehkan Celcom menjadi syarikat telekomunikasi pertama menawarkan kelajuan data yang lebih tinggi melepasi 400Mbps.

Pelanggan juga boleh memilih bayaran tambahan RM30 bagi perlindungan peranti, iaitu dengan kadar RM175 dan RM195 sebulan.

Selain pelan ansuran itu, pelanggan boleh memiliki Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ masing-masing dengan harga RM2,168 dan RM2,498 setiap satu apabila menerusi pelan Celcom FIRST Platinum.

Sementara itu, dengan langganan pelan Celcom FIRST Gold Plus, Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8+ boleh dimiliki pada RM2,478 dan RM 2,808 masing-masing.

Celcom FIRST Platinum menawarkan kuota Internet 60GB dengan Panggilan Tanpa Had pada kadar RM150 sebulan dan Celcom FIRST Gold Plus menawarkan kuota Internet 40GB pada kadar RM98 sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 6:44 PM