OPPO R9s Edisi Hitam. FOTO Wan Nur Ameera Meor Rozman
Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: OPPO Malaysia hari ini memperkenalkan R9s Edisi Hitam untuk menambah kepada variasi warna sedia ada iaitu emas, emas ros dan merah.

Penambahan peranti baru berkenaan adalah selaras dengan komitmen OPPO untuk menyediakan pengguna Malaysia dengan peranti pelbagai berfungsi dengan gaya tersendiri.

Mengekalkan teknologi fokus dwi-PDAF dan apertur f/1.7 lebih lebar yang mampu memerangkap 40 peratus lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya di samping kamera depan dan belakang 16MP, ia menjadikan R9s sebagai pilihan peranti untuk peminat fesyen dan juga teknologi.

Selain itu, peranti itu turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,010 mAh bateri. Ditambah dengan teknologi industri terkemuka pengecasan pantas VOOC OPPO, pengguna boleh memaksimumkan potensi penuh peranti tanpa sebarang gangguan dalam kehidupan seharian.

Dalam masa sama, OPPO juga mengumumkan bintang tempatan, Neelofa, sebagai duta rasmi bagi edisi hitam R9s.

Turut hadir memeriahkan majlis, Amber Chia, yang bersama-sama menunjukkan ciri OPPO R9s Edisi Hitam.

OPPO R9s edisi terbaru dengan kasing hitam Matte penuh elegan boleh didapatkan di kedai konsep OPPO, laman web e-dagang, kedai elektronik dan syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan OPPO dan 700 kedai jualan terpilih bermula 10 Mei depan pada harga RM1,828.

Pelanggan yang membuat pra tempahan OPPO R9s Edisi Hitam terbabit bermula dari 3 Mei sehingga 9 Mei 2017 di www.oppostore.com.my turut akan menerima Now 2 Smart Band bernilai RM 199.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 7:02 PM