ANTARA permainan yang boleh didapati menerusi Facebook Messenger. FOTO Facebook
Mohd Hanafis Abd Haris
hanafis@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Selepas memperkenalkan fungsi permainan dalam aplikasi Facebook Messenger di 30 negara terpilih November lalu, Facebook kini melancarkan fungsi terbabit secara global.

Beberapa fungsi permainan terbaru turut akan diterapkan dalam aplikasi terbabit, kata Facebook dalam kenyataan, hari ini.

Antara ciri-ciri ditampilkan adalah sistem kedudukan skor antara pemain dan juga penggunaan visual baru yang lebih dinamik khusus untuk telefon pintar.

Selain itu, fungsi ‘bot’ membolehkan sistem permainan Messenger berinterkasi dengan pemain bagi menggalakkan mereka terus bermain menggunakan kesemua ciri yang dibina.

Menurut Facebook, permainan pertama yang bakal menggunakan fungsi berkenaan adalah Words With Friends yang dibangunkan oleh Zynga.

Selain itu, Blackstorm's EverWing juga antara permainan yang bakal menggunakan fungsi bots.

Permainan Facebook Messenger boleh dinikmati menerusi kemas kini yang akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi untuk pengguna Andoid dan iOS.

Menurut Facebook, aplikasi Messenger kini digunakan secara aktif oleh 1.2 bilion pengguna setiap bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 3:10 PM