BANGUNAN ikonik terbentuk daripada dua menara condong.
myMetro

Ibu pejabat China Central Television (CCTV) yang terletak di Beijing, China terkenal dengan seni bina unik dan mengagumkan.

Bangunan ikonik itu terbentuk daripada dua menara condong yang bergabung di bahagian atas dan bawah.

Rekaan itu membentuk gelang bertutup dan penggabungan kedua-duanya terhasillah bentuk julur 15 tingkat.

Ketinggiannya kira-kira 234 meter (m) dan 194m bagi kedua-dua menara itu dan jurutera menggambarkan struktur bangunan berkenaan sebagai gelung tiga dimensi.

Struktur bangunan CCTV memberi cabaran kepada kontraktor jurutera kerana perlu mereka bentuk dua menara dengan kecondongan enam

darjah, membengkok 90 darjah pada bahagian atas serta bawah dalam rekaan bercantum.

Kedua-dua menara itu dibina berasingan dan dicantumkan untuk menjadi satu gelung lengkap pada 26 Disember 2007.

Ibu pejabat CCTV dibina arkitek terkemuka Rem Koolhaas dan Ole Scheeren serta mengambil masa sekitar lapan tahun iaitu bermula 2004 hingga 2012 untuk disiapkan.

Pada 2013, bangunan itu digelar sebagai bangunan tinggi terbaik seluruh dunia.

Selain dikatakan mempunyai kapasiti mampu bertahan sekiranya berlaku bencana seperti gempa bumi atau gegaran pada bumi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 7:21 AM