DUA pendaki berehat sambil membaca buku di khemah tergantung di tebing batu di Taman Negara Yosemite, California, Amerika Syarikat.
SEORANG lelaki mendaki air terjun yang beku.
HANYA pengunjung berani mampu berjalan di laluan kaca di Tebing Coiling Dragon di Gunung Tianmen, Zhangjiajie, China ini.
PELANCONG ini berehat di celah rekahan tebing sambil menikmati pemandangan pergunungan Sierra Nevada di California.
PENGEMBARA dari Ukraine, Vitaliy Raskalov merakamkan gambar dari puncak sebuah bangunan pencakar langit di Hong Kong.
PONDOK Solvay yang terletak pada ketinggian lebih 4,000 meter di gunung Matterhorn, Switzerland ini juga digunakan sebagai tempat perlindungan untuk pendaki.
TIGA lelaki yang menaiki kayak meninjau ke bawah air terjun Victoria Falls di Zambia, air terjun terbesar di dunia.
DUA lelaki menunggang basikal di tepi cerun sempit di Tebing Moher di Ireland.
ESKIL mengembara ke seluruh dunia semata-mata untuk melakukan aksi bahaya seperti ini.
Agensi

Melancong ke seluruh dunia sambil menikmati keindahan alam sekitar atau bersantai di tepi pantai mungkin kelihatan membosankan bagi mereka yang dahagakan cabaran.

Bagi golongan pelancong ini melawat kawasan bahaya dan melakukan sesuatu yang mencabar adalah apa yang mereka perlukan untuk mencari keseronokan.

Beberapa gambar yang dirakam menunjukkan pelancong dan individu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk dijadikan kenangan berharga.

Seorang pelagak ngeri dari Norway, Eskil Ronningsbakken mengembara ke seluruh dunia dan membuat aksi membahayakan di lokasi popular.

Satu gambar menunjukkan dia mengimbangkan diri dari sebuah basikal roda satu di tepi tebing tinggi.

Sekumpulan pendaki pula merakamkan gambar mereka berkhemah di tebing batu tinggi di Taman Negara Yosemite di California, Amerika Syarikat dan di Pulau Baffin di Kanada.

Pendaki profesional ini tidak menunjukkan sebarang rasa takut ketika berbaring di dalam khemah yang tergantung pada ketinggian beratus meter itu.

Beberapa pendaki kelihatan berehat sambil membaca buku dan ada yang menikmati pemandangan dari tebing batu berkenaan.

Di Ireland pula, dua lelaki berani menunggang basikal di cerunan sempit di Tebing Moher yang terletak pada ketinggian lebih 200 meter dari Lautan Atlantik.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan tenang seperti sedang menunggang basikal di kawasan taman yang redup.

Golongan remaja yang dahagakan cabaran di kawasan bandar pula menjelajah setiap bangunan pencakar langit dan struktur tinggi.

Dari Brighton di Britain hinggalah ke Hong Kong, golongan remaja di bandar itu memanjat bangunan tinggi tanpa sebarang alat keselamatan.

Mereka kemudian melakukan pelbagai aksi bahaya dan merakamkan gambar dan video bagi membuktikan keberanian mereka.

Di sini disenaraikan beberapa gambar menakjubkan daripada individu yang mencari kelainan dalam percutian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 2:07 AM