SUSPEK yang dirakam CCTV.
SKRIN mesin ATM yang pecah.
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Lelaki yang berang kerana gagal mengeluarkan wang memecahkan dua skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank di Lintang Angsana, Bandar Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, lelaki terbabit yang berbaju biru, berseluar pendek dan memakai topi keledar dilihat masuk ke bank berkenaan.

Menurut sumber, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek ketika itu cuba mengeluarkan wang di dua mesin ATM terbabit namun gagal.

"Dia yang berang kemudian memecahkan skrin dua mesin ATM itu menggunakan topi keledar dipakainya.

"Setakat ini, kita sedang mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 10:41 AM