KEBAKARAN di perkampungan atas air Tanjung Dumpil, Putatan. FOTO Mohd Adam Arinin
BOMBA sedang memadamkan kebakaran rumah atas air di Tanjung Dumpil, Putatan. FOTO Mohd Adam Arinin
Mohd Ruzaini Zulkepli

Putatan: Lebih 50 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas enam rumah diduduki mereka musnah dalam kebakaran di Tanjung Dumpil, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Akramin Sakirun berkata, tujuh jentera dengan kekuatan 30 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam pada 9.10 pagi.

"Berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan enam rumah yang musnah sama sekali manakala tujuh lagi turut terjejas sebelum api berjaya dipadamkan bomba.

"Setakat ini, belum ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku namun bomba masih meneruskan kerja-kerja pemeriksaan bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 11:50 AM