BAYI yang dicari warisnya.
myMetro

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang mencari waris kepada seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang ditinggalkan ibunya.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Daerah Klang Zaidi Zakaria berkata, bayi diberi nama Maadhesh itu ditinggalkan ibunya sebaik melahirkannya di Hospital Kuala Lumpur, 25 Oktober lalu.

“Ibunya yang juga warga Malaysia dikenali sebagai Subitra Nanian bertindak melarikan diri dan tidak lagi menjenguk Maadhesh selepas itu.

“Bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan sementara dalam jagaan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.

Zaidi berkata, pihaknya meminta ibu kandung berkenaan tampil ke JKM Klang bagi menuntut semula bayi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 9:26 AM