Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan baginda di Masjid Negeri, Seremban. Turut hadir bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my

Seremban: Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Masjid Negeri, di sini, malam tadi.

Tuanku Muhriz turut berkenaan berangkat pada majlis itu dan baginda tiba di masjid pada jam 7.10 malam diiringi dua anakanda iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-Abidin.

Majlis dimulai dengan solat Maghrib sebelum bacaan Yasin dan doa selamat yang diketuai

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, barisan exco kerajaan negeri, ketua jabatan negeri dan agensi kerajaan.

Baginda berangkat pulang jam 9.45 malam selepas menunaikan solat Isyak dan santapan di pekarangan masjid ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 10:52 PM